Kali ini kita lihat satu resepi istimewa iaitu Resepi Nasi Ayam, yang dah lama dikongsikan iaitu lebih kurang 5 tahun dulu dan mendapat feedback yang sangat bagus. Ada juga yang gunakan resepi ini untuk berniaga. Prosesnya ada 5 bahagian iaitu penyediaan air rebusan ayam dan perapan, penyediaan nasi, penyedia sos dan kicap, penyediaan sup, penyediaan ayam goreng madu dan yang akhir sekali adalah penyediaan sayur-sayuran. Hidangan adalah anggaran untuk 1 ekor ayam. ------------------------------------------------------------- Bahan perap : 2 sudu besar sos tiram Bahan tumbuk halus 1 sudu besar kicap manis + 1 sudu besar kicap cair Bahan untuk nasi ayam: 1/2 senduk mentega 1 kayu manis 5 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 2 helai daun pandan 1 batang serai 3 cawan beras 4 1/2 cawan air rebusan ayam Sedikit garam 1 sudu kecil serbuk kunyit Bahan untuk sos: 6-8 biji cili merah 6 biji cili api Bahan tumbuk halus 2 sudu besar cuka Garam Gula Sedikit air rebusan ayam Bahan untuk kicap: air lebihan perapan ayam 1 mangkuk kecil kicap manis Sedikit air rebusan ayam Bahan untuk sup: Lebihan air rebusan ayam Tulang ayam (jika suka) Karot Kentang 1 biji bawang besar yg dikisar 1 sup bunjut 1 sudu kecil lada putih Garam Gula Daun sup Daun bawang Bahan bahan untuk goreng ayam: Minyak untuk menggoreng Ayam yang diperap Sedikit madu Bahan-bahan untuk hiasan: Tomato Timun Salad Daun sup Daun bawang


Comments